1 SVM KPD

Menyertai Pameran Bett Asia

Nur Sabirah Dariwsya Binti Saifudin

Merangkumi refleksi dan foto daripada hantaran ini.
Foto pengalaman di Bett AsiaFoto pengalaman di Bett AsiaFoto pengalaman di Bett AsiaFoto pengalaman di Bett AsiaFoto pengalaman di Bett AsiaFoto pengalaman di Bett AsiaFoto pengalaman di Bett AsiaFoto pengalaman di Bett Asia

Perkara yang menarik perhatian saya

Pembangunan robotik dan penggunaan AI yang menarik, menarik minat saya kerana kekreatifan mereka untuk membangunkan sesuatu yang luar biasa sambil mencari jalan untuk memudahkan orang lain dalam hal-hal yang mungkin agak mustahil.

Antara salah satu perkara yang menarik minat saya ialah pameran robotik, kreatif dan sangat original dengan menggunakan bahagian-bahagian permainan untuk dijadikan satu objek yang berguna dalam hidup kita.

3 perkara yang saya temui

1. Pameran Cambridge yang memberi penjelasan tentang kebaikan penggunaan AI dalam kalangan guru-guru dan pensyarah sambil menggalakkan pelajar kolej dan Universiti untuk mempelajari kegunaan AI

2. Pameran Chromebook dan Acer yang menunjukkan tentang kegunaan dan jenis-jenis peranti daripada jenama Acer dan Chromebook yang menarik. Menanyakan tentang keunikan, kebaikan dan kegunaan peranti yang berbeza.

3. Pameran Wayground (Quizziz) yang memberitahu berkaitan pelajaran dan mencabar minda pelajar dan setiap pengguna, keunikan dan kecantikan laman web ini.

Satu idea untuk KVKS

Jika saya boleh bawa satu idea pulang ialah idea membuat website seperti quizziz, yang membantu pelajar untuk mempelajari satu subjek yang mereka ingin mencuba sambil berseronok dengan cara website itu berjalan.

Foto terbaik saya dan kisah di sebaliknya

Foto terbaik saya ialah ketika saya melihat pameran robotik ketika robot itu melakukan satu tarian Micheal jackson. Ianya sangat menarik dan lucu kerana robot itu sangat comel

Refleksi

“Saya berasa teruja untuk mencipta satu idea yang boleh membantu penduduk KVKS dengan satu idea yang lucu dan menarik yang mereka boleh gunakan sambil bergembira.”
“Jangan sekadar rakam apa yang anda lihat. Ceritakan apa yang anda pelajari, apa yang memberi inspirasi, dan idea yang mahu anda bawa pulang ke KVKS.”