2 DVM KPD

Teknologi Menjadikan Pembelajaran Lebih Menarik

Nur Alya Qausar Binti Azhar

Merangkumi refleksi dan foto daripada hantaran ini.
Foto pengalaman di Bett AsiaFoto pengalaman di Bett AsiaFoto pengalaman di Bett AsiaFoto pengalaman di Bett AsiaFoto pengalaman di Bett AsiaFoto pengalaman di Bett AsiaFoto pengalaman di Bett AsiaFoto pengalaman di Bett Asia

Perkara yang menarik perhatian saya

Perkara yang paling menarik perhatian saya ialah penggunaan teknologi dalam pendidikan seperti robot, sistem pembelajaran digital dan aktiviti interaktif yang dapat membantu pelajar belajar dengan cara yang lebih menarik dan praktikal.

3 perkara yang saya temui

1. Saya menemui robot humanoid BOOSTER T2 yang dilengkapi dengan kamera dan pelbagai sensor. Saya dapat melihat bagaimana perkembangan teknologi robotik boleh digunakan untuk pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan teknologi pada masa hadapan.

2. Saya menemui Robot PIBO yang boleh digunakan bersama sistem pengaturcaraan. Teknologi ini menarik kerana pelajar boleh belajar asas coding dan robotik secara praktikal serta melihat sendiri hasil daripada arahan yang diprogramkan.

3. Saya menemui LearnEnglishABC, iaitu platform pembelajaran Bahasa Inggeris secara digital. Saya belajar bahawa teknologi boleh membantu pelajar belajar mengikut kemampuan dan kadar sendiri serta menjadikan pembelajaran bahasa lebih fleksibel.

Satu idea untuk KVKS

Saya ingin membawa idea pembelajaran secara interaktif dan hands-on ke KVKS supaya pelajar dapat melakukan lebih banyak aktiviti praktikal semasa pembelajaran dan bukan hanya mempelajari sesuatu melalui teori di dalam kelas.

Foto terbaik saya dan kisah di sebaliknya

Foto terbaik saya ialah Montigo Ace Bottle yang saya peroleh selepas menyertai lucky draw di booth ACER. Saya sangat teruja kerana tidak menyangka akan memenanginya dan ia menjadi salah satu kenangan menarik sepanjang berada di Bett Asia 2026.

Refleksi

“Saya berasa seronok kerana berpeluang menghadiri Bett Asia 2026 dan melihat sendiri pelbagai teknologi yang sebelum ini hanya saya lihat melalui internet. Pengalaman ini memberi saya pengetahuan baharu dan membuka pandangan saya tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan.”
“Jangan sekadar rakam apa yang anda lihat. Ceritakan apa yang anda pelajari, apa yang memberi inspirasi, dan idea yang mahu anda bawa pulang ke KVKS.”